Wednesday, May 20, 2009

Selamat Pagi, Cikgu...







Jom tengok gambar cikgu-cikgu yang cute lagi cantik.... pilih yang mana suka!

Pemikiran Dalam Teks Sastera

PENULISAN cerpen-cerpen Melayu telah dihasilkan sebelum Perang Dunia II meletus iaitu pada awal tahun 1920 lagi. Melalui hasil tulisan-tulisan inilah, maka pelbagai jenis tema yang diangkat oleh para penulis dalam karya mereka berdasarkan persekitaran kehidupan yang dilalui. Penulisan mereka biasanya mengangkat isu-isu yang berlaku di sekeliling. Menurut Hashim Awang dalam makalahnya ‘Cerpen-cerpen Melayu sebelum Perang Dunia kedua’, perkara-perkara yang menjadi pokok persoalan merangkumi hal-hal politik, agama, sosial, pelajaran, nasionalisme dan ekonomi (Hashim Awang, 1981:24). Para penulis sudah mampu menyentuh isu-isu yang berlaku sekitar mereka sebagai persoalan dalam tulisan mereka.

Ekonomi antara isu yang turut menjadi persoalan di dalam karya-karya tempatan sejak 89 tahun yang lalu. Ekonomi dikaitkan dengan kehidupan atau pekerjaan sesebuah masyarakat. Ekonomi yang dimaksudkan di sini ialah sara hidup manusia demi memenuhi kehendak dan keperluan seseorang mahupun keluarga. Bertani antara pekerjaan yang dilakukan untuk menyara kehidupan. Pertanian dapat didefinisikan sebagai menghasilkan sumber tanaman, bahan ternakan dan sumber agroindustri yang memanafaatkan haiwan serta tumbuhan.

Namun begitu, pertanian sering dikaitkan dengan kemiskinan orang-orang Melayu khususnya. Shahnon Ahmad dalam bukunya, ‘Gubahan Novel’ memperkatakan tentang kemiskinan yang dihadapi sekitar kehidupan para petani. Ini jelas dilihat dalam novelnya ‘Ranjau Sepanjang Jalan’ yang dihasilkan pada tahun 1966 (Shahnon Ahmad, 1989:83). Masyarakat Melayu yang tinggal di kawasan-kawasan pedalaman biasanya menyara kehidupan dengan bertani. Berbeza pula dengan kehidupan maysarakat Cina yang lebih tertumpu kepada perniagaan di pekan, manakala masyarakat India di estet-estet. Oleh sebab itu, Shahnon Ahmad memfokuskan kesengsaraan dan kemiskinan kehidupan bangsanya yang hidup sebagai petani. Petikan di bawah dapat memperkukuhkan bahawa para petani yang digambarkan oleh Shahnon menghadapi kemiskinan.


“Kemiskinan bangsaku. Bangsa Melayu. Terutama sekali orang-orang Melayu yang menghuni pedalaman-pedalaman yang jauh. Mereka menghadapi kesusahan; penekanan, penderitaan, penyakit dan konservatisme.”
(1989:83)


Selain Shahnon Ahmad, terdapat banyak lagi penulis-penulis yang lain mengangkat isu pertanian dalam karya-karya mereka. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Hashim Awang juga menunjukkan isu-isu tentang dunia pertanian telah lama diperkatakan dalam karya-karya tempatan. Antara contoh karya yang menyentuh isu ini ialah; ‘Tauladan dari Peladang’ dan ‘Seorang Ahli Pekebun dengan Anak-anaknya’. Namun begitu, ada juga karya-karya yang dihasilkan menunjukkan kejayaan di dalam bidang pertanian. Misalnya cerpen ‘Sudah Terang Lagi Bersuluh’ yang mengisahkan kejayaan yang diperolehi dalam bidang petanian sehingga membuahkan hasil yang sangat membanggakan.

My Best Teacher.......Dr. Normaliza





I Love U!

Saturday, May 16, 2009

WakAhKaHHHH














PEREMPUAN MELAYU TERAKHIR...................WANGI SEPERTI BUNGA!!!

Wow Lagi!!!





Antara gambar yang aksi ganas.... hahahaha

Wow !!!






Semalam, aku dan kumpulan 'Blue Butterfly' ditugaskan untuk membuat 'work' bagi subjek Multimedia. seronok sangat sebab kami mencuba pelbagai aksi ngeri...hahahaha....... kelas ni adalah kelas yang paling seronok yang pernah aku duduki di UPM bersama Dr. Normaliza. Guru yang paling 'sporting', peramah... (bukan bodek). tapi memang betul... walaupun dia baik tapi ada ketegasan. itu memang penting. aku nak tunjuk beberapa gambar yang 'best'....

Thursday, May 14, 2009

CINTA!


Teruk sangat ke aku ni?

Apa ada dengan cinta? Aku pun tak tahu apa ada dengan cinta sehingga bila aku putus cinta aku sudah menjadi 'bengong' untuk beberapa minggu ni. Aku tanya seorang kawan, ada lagi ke orang nak sama kita ni? Entah apa punya soalan tu, kawan aku jawab. entahlah.... sebab dia pun tak ada buah hati. Maka aku pun termenung. Pandang wajah dan diri kat cermin. Memanglah tak lawa macam Kak G, taklah cantik macam Erra Fazira. Jerawat boleh tahanlah... mungkin tu sebab 'dia' tak mahu kat aku lagi lepas 4 tahun bercinta. Bila aku fikir balik, buang masa daaaaaa........... so, untuk senangkan hati aku yang tak berapa nak senang ni, maka aku nak bercuti sepuasnya. Aku malas dah nak fikir lagi.

HaPPy Day 2!!!








Aku nak cerita pasal aku baru putus CINTA!!!!!!!!!!!!!!!!!! Wakahkahkah...........

HaPPy Day!





Nikmatilah gambar aku ni!