Sunday, September 20, 2009

Rumah Pusaka ;)








Inilah rumah pusaka Sidi dan Siti yang dijaga oleh pak cik aku.... masih cantik dan kukuh.... dipenuhi dengan pokok-pokok menghijau. rumah yang masih utuh dengan kasih sayang ini akan meriah dengan suara-suara kegembiraan sanak-saudara apabila hari raya sebab semua akan berkumpul di sini pada pagi raya. di sinilah aku dibesarkan.

PUSARA




Di sinilah tempat datuk dan nenek (aku panggil sidi dan siti) disemadikan dengan tenang. dah lama aku tak ke sini... rindunya pada mereka. walau hanya dapat mengenali mereka hanya seketika. Siti meninggal kerana barah hati dan Sidi meninggal kerana sakit tua masa aku tingkatan 4. Rindunya pada mereka.........

bersemadilah kalian dengan tenang
akan kukirimkan
ayat-ayat syurga
yang memberi ketenangan kepada kalian
di sana...

walau seketika mengenali
tapi hatiku telah mencintai
bagai cinta nan hakiki
yang dipaku abadi...

buat : Hjh Zainab binti Ali & Hj Shuaaib bin Daud

with love....

Raya! Raya! Raya!

setiap kali raya, pasti mak aku akan buatkan kuzi. tahu tak apa kuzi? kuzi tu makanan orang kelantan yang dimakan dengan roti jala atau roti biasa. Kuzi ayam ni memang makanan turun-temurun sebelah mak aku. kalau tak ada kuzi maka tak rayalah pada kami. setiap tahun juga aku akan tolong mak aku masak kuzi ni. tapi yang herannya, sampai sekarang aku tak tahu buat. sebab keje aku kupas bawang dan potong. yang lain mak aku yang buat. kuzi ni rasanya manis sikitlah. yelah, orang kelantan semua benda manis. dari gulai sampailah ke kuih muih. sebab tu diorang cantik manis. hehehehe.....kecuali akulah. nak masak kuzi pada aku senang je.... chewah. sebab aku tukang tengok. tapi, yang lecehnya bawang besar yang dah digoreng ditumbuk atau dikisar. tapi, rahsia mak aku ialah rempahnya. rempah kuzi memang rempah dari kelantan. rempah orang kampung buat. sebab tu agaknya sedap kuzi tu... so, malam raya memang mak dan aku (termasuk akulah) akan bertungkus lumus menyiapkan makanan raya. biskut raya kami tak layan sangat. sebab biasa-biasa saja. sempat juga aku ambil gambar-gambar untuk diabadaikan di sini....hehehe




Hari LahirKu...

19 September - semalam maka genaplah umurku 24 tahun. sudah tua!! sempena umur ku yang meningkat usia ni, banyak benda yang aku tak sempat kecapi. apa yang aku inginkan memanglah banyak. ada tak sape-sape yang nak bagi aku hadiah kat aku rumah banglo ke, kereta vios ke, tanah berekar-ekar ke... ada tak? ada sape-sape yang berhajat nak buat amal tu sila-silalah ye. wakahkahkah............. sebenarnya, apa yang aku ada dan aku dapat sudah membuatkan aku bersyukur yang teramat. mana tak nya, aku masih ada keluarga, masih cukup sifat dan akal. itulah yang lebih penting daripada apa yang aku impikan. tapi, ada juga yang bagi aku hadiah.....heheheheh. seronok den! tapi, kalau dapat lelaki kacak macam kat bawah ni pun bagus gak....huhuhu gatal lak!









aku rasa macam nak bercuti keluar negara. tapi, memandangkan H1N1 ni, nampaknya susahlah. Kalau tahun lepas aku bercuti ke Langkawi dengan family tahun ni mau gi mana-mana pun macam susah aja. Kalau banyak duit nak juga pergi ke negara-negara barat. Huhuhu.......tak pun pergi aja ke pulau-pulau.. jomlah kita buat rombongan pergi bercuti.........


* gambar aku ambil kat google.com

Wednesday, September 16, 2009

RAYA DAH...

selamat hari raya aidilfitri...maaf zahir dan batin.

harap dapat duit raya banyak tahun ni! hahahahaha

Tuesday, September 8, 2009

Nisa' Irdina Tersayang...








Wahai kekasih
hari ini kubuka rahsiaku
kerana aku mahu kau tahu
betapa cinta aku padamu
sehingga aku sanggup
menghunus pedang demimu
berlari di padang gersang
bermandi derita melihat kau gembira
berpuasa dalam hayatku
berteleku dilantai petaka

wahai kekasihku
rahsiaku telah kubuka
aku tahu dosaku
mengagungkan cinta ini
tetapi
Dia Maha Mengetahui
apa terselindung di sebalik hati
ingin kulihat kau bahagia
membesar bersalut cahaya

wahai kekasihku
ingin kupeluk dirimu
biar bahang tidak kaurasa
biar perit sekilas tiada...

Puisi buat Nisa' Irdina

Nor Najwa (2009)
Cheras, KL.

Monday, September 7, 2009

PUASA

Berpuasa wajib terhadap umat-umat Islam. Pada aku, tahun ni adalah Ramadan yang paling membuatkan aku bahagia dan tenang. Cuaca yang menenangkan jiwa dan nurani. Tapi sayang, terawih aku tak mencukupi. Ketenangan yang aku rasai ini membuatkan aku seperti Nor Najwa ketika berusia belasan tahun dulu. Manusia yang tak kenal dan melakukan kejahatan (jahat juga tapi tak sangat). Rindunya waktu zaman tinggal dengan ummi dan abah tak dapat diucapkan lagi. Kalaulah dapat diulang masa, maka masa itulah yang aku mahukan.

Apa yang aku fikirkan?
1. mahu bekerja di tempat kelahiranku
2. mahu tinggal bersama orang tuaku…dan selepas habis kerja aku akan mengambil
ibu di pejabatnya.
3. mahu keluar makan malam dengan mereka bila aku dapat gaji
4. pergi shopping dengan adik dan ummi
5. dapat keluar dengan kawan-kawan
6. dapat beli rumah di kampung
7. dapat pergi pantai setiap minggu
8. dapat jumpa nenek dan atuk
9. BUAT RUMAH UNTUK UMMI ABAH

Inilah apa yang aku impikan… adakah akan tercapai? Hanya Tuhan sahaja yang mengetahui. Hehehehe…nak tengok juadah berbuka aku tak? Hari tu masak punyalah sakan. Tapi makan…. Ayoooo. Talak sedap laaa… makan jugalah!



TQ RICHMOND...




Ni lukisan diberi oleh pelajar aku form 2... cantik sangat. dah hantar untuk dibingkaikan dah pun. tunggu ye...nanti aku tunjukkan. lukisan ni nampak macam hidup je. budak ni memang berbakat. dia memang budak baik. bila aku masuk kelas dia, mesti aku nak tengok lukisan dia. tapi, lepas cuti hari tu dia bagi aku lukisan ni. huhuhu....

JOM BERHIBUR ;-)

selepas kelas Dr. Nik (kritikan dalam kesusasteraan Melayu) aku dan Kak Eira ke Jusco. wah bukan main sakan lagi kami cuci mata. bukan shopping pun. wakahkah... saja menghabiskan masa dengan melihat barang-barang yang 'enak'. tapi yang seronoknya, aku dan kak eira telah memalukan diri sendiri mencuba permainan kereta lumba dan permainan apatah namanya. malu tapi mahu... seronok sebenarnya. yang bestnya, kami ada penonton kat tepi masa kami tengah seronok berlumba. tak percaya tengok ni.........







Apa nak jadilah dengan budak-budak pempuan ni kan... hahaha... tapi masa kelas Dr. Nik lagi best. kami siap pose lagi.... jangan tiru gaya tak beretika ini di dalam kelas tau. minta maaf ye Dr... kami sebenarnya tengah berbincang. hehehe




MISTERI PONDOK USANG

MISTERI PONDOK USANG
Oleh : Nor Najwa Azmee (2009)

CUTI sekolah sudah bermula. Danish, Raju dan Yew Chuan telah berpakat untuk menghabiskan cuti bersama-sama, mereka ingin melakukan pelbagai aktiviti yang tidak dapat dilakukan sebelum ini. Mereka ingin memancing, mandi sungai, bermain layang-layang dan macam-macam lagi.
“Jadual dah siap ke?” Tanya Raju kepada Danish.
“Sudah. Saya dah letak semua aktiviti-aktiviti yang menarik,” balas Danish.
Danish membaca aktiviti yang bakal mereka lakukan. Raju dan Yew Chuan hanya mendengar. Danish telah merancang akan membuat perkhemahan. Raju dan Yew Chuan sangat gembira. Mereka bersorak. Danish menulis senarai alatan yang mereka akan bawa.
“Eh, nanti kalau mak ayah kita marah macam mana?” Tanya Raju.
“Raju, awak jangan risaulah. Abang saya akan ikut kita. Lagipun, kita berkhemah di tepi sungai hujung kampung sana saja.” Terang Danish. Mereka merancang untuk mandi sungai dan memancing ikan. Setelah membuat senarai, mereka pulang ke rumah masing-masing.


Segala persiapan telah dilakukan. Danish dan Yew Chuan membawa khemah, pancing, periuk, lampu suluh dan alat-alat lain. Mereka sungguh gembira. Namun, Raju masih belum tiba lagi. Abang Zahid melihat jam tangannya.
“Mana Raju?” Tanya Abang Zahid.
Dari jauh, kelihatan Raju berlari kea rah mereka. Danish dan Yew Chuan hanya ketawa melihat gelagat Raju. Raju tercungap-cungap kerana kelihatan terlalu letih. Abang Zahid turut ketawa.
“Apalah awak ni, Raju. Janji pukul 10 pagi. Tapi, 10.30 baru sampai.” Yew Chuan mengeluh.
“Sudahlah. Mari kita pergi sekarang.” Abang Zahid memulakan perjalanan. Perjalanan ke Sungai Harmoni hanya mengambil masa 20 minit sahaja. Mereka ke sana dengan berjalan kaki. Mereka menyanyi gembira kerana tidak sabar untuk memulakan aktiviti. Pemandangan sekitar kawasan kampung yang dilalui sangat bersih dan tenang. Danish, Raju dan Yew Chuan berlari kea rah sungai setelah mereka sampai. Mereka terlalu gembira. Abang Zahid hanya menggelengkan kepala melihat telatah mereka. Abang Zahid meninjau kawasan sekitar. Dia ingin mencari kawasan yang sesuai untuk mendirikan khemah. Abang Zahid mengajar mereka memasang khemah. Danish, Raju dan Yew Chuan cuba memasang khemah yang dibawa. Hasil kerjasama mereka akhirnya mereka dapat menyiapkan khemah tersebut. Setelah menyiapkan khemah, Danish dan Yew Chuen ditugaskan mencari kayu api.
Raja pula perlu membantu Abang Zahid menyiapkan hidangan tengahari. Setelah mencari kayu api, Danish dan Yew Chuen menghidupkan unggun api. Unggun api tersebut dijadikan tempat untuk memasak. Abang Zahid memasakkan sardin dan telur goreng untuk hidangan mereka. Walaupun sederhana, mereka makan dengan berselera.
Setelah makan, Danish dan Yew Chuen meminta izin daripada Abang Zahid untuk meninjau kawasan sekitar. Raju pula hanya mahu berehat sahaja di dalam khemah. Abang Zahid berpesan agar mereka berhati-hati. Danish dan Yew Chuen ingin menikmati suasana hutan yang tenang.
“Yew Chuen, cuba tengok pokok tu. Pokok apa ye?”
“Entahlah. Pokok balak kot.”
“Pokok balak? Macam pokok durian aja.”
Mereka meninjau kawasan sekitar. Ketika mereka sedang melihat pohon-pohon di kawasan tersebut, tiba-tiba mereka terdengar bunti ranting dipijak orang. Danish dan Yew Chuen hanya berpandangan sesama mereka. Mereka memandang sekitar, namun tiada sesiapapun.
“Hantu kot?”
“Mana ada hantu siang-siang ni, Yew Chuen.”
Bunyi tersebut menghampiri mereka. Yew Chuan memegang tangan Danish. Wajahnya kelihatan sangat pucat. Mereka memandang sekitar. Tiada siapa yang kelihatan.
“Siapa tu?” Danish bersuara. Tiada jawapan. Bunyi tersebut semakin menghampiri mereka. Tiba-tiba, Raju keluar dari persembunyiannya. Dia ketawa terbahak-bahak. Danish dan Yew Chuen menarik nafas lega. Mereka sangat marah dengan sikap Raju. Danish dan Yew Chuen mengejar Raju yang masih lagi ketawa.


Abang Zahid memerhatikan Danish, Yew Chuen dan Raju yang sedang mandi-manda di sungai. Mereka kelihatan begitu gembira. Yew Chuen menunjukkan bakatnya sebagai perenang. Raju dan Danish hanya memerhatikan rakannya itu.
“Wah, awak sangat hebat,” puji Raju.
“Mestilah…” jawab Yew Chuen angkuh.
Wajah Danish tiba-tiba berubah. Dia terpandang seorang lelaki yang sedang memerhatikan mereka dari jauh. Lelaki tersebut melarikan diri setelah mengetahui Danish memandangnya. Raju dan Yew Chuen memandang Danish dengan hairan.
“Danish, kenapa dengan awak? Macam Nampak hantu saja.”
“Bukan hantu, Raju. Saya nampak seorang lelaki di sana.” Danish menunjukkan ke arah tempat tersebut. Yew Chuen dan Raju memandang. Namun tiada sesiapa.
“Tiada siapapun.”
“Ada, Yew Chuen. Saya rasa tak sedap hatilah.”
“Tak ada apalah. Jangan risau.”
Setelah selesai makan malam, mereka duduk mengelilingi unggun api. Abang Zahid memetik gitar sambil menyanyi. Suasana malam itu sangat sunyi. Malam itu sangat sejuk. Danish, Raju dan Yew Chuen menghayati lagu yang dinyanyikan oleh Abang Zahid.
“Sekarang dah jam 10 malam. Semua kena masuk khemah.” Abang Zahid member arahan.
Setelah memastikan Danish, Raju dan Yew Chuen masuk ke dalam khemah mereka, Abang Zahid masuk ke khemahnya. Di dalam khemah, Danish masih tidak dapat melelapkan mata. Dia teringatkan lelaki yang dilihatnya siang tadi. Tiba-tiba, dia terdengar orang berbisik di luar khemah. Beberapa ketika, suara itu hilang. Danish mengejutkan Yew Chuen dan Raju. Dia menceritakan apa yang didengarinya.
“Apa kita nak buat?” Tanya Raju ketakutan.
“Saya rasa tak senang hati. Mesti ada yang tak kena.” Kata Danish.
Mereka perlahan-lahan keluar dari khemah. Mereka mencari tempat persembunyian. Beberapa ketika, kelihatan dua orang lelaki mendekati khemah Abang Zahid. Mereka membuka khemah tersebut. Abang Zahid diikat oleh lelaki-lelaki tersebut.
“Kita mesti bantu Abang Zahid.” Kata Yew Chuen dengan penuh semangat.
Lelaki tersebut berbisik sesuatu kepada kawannya setelah tidak dapat mencari Danish dan kawan-kawan. Mereka meninggalkan kawasan perkhemahan. Abang Zahid meronta-ronta untuk melepaskan diri. Tetapi tidak berjaya. Tanpa disedari oleh lelaki-lelaki tersebut, Danish, Yew Chuen dan Raju mengekori lelaki-lelaki tersebut. Mereka bersembunyi di sebalik semak apabila sampai di sebuah pondok usang. Pondok itu hanya diterangi oleh cahaya lampu pelita. Abang Zahid dibawa masuk ke dalam pondok tersebut. Danish telah mengatur rancangan untuk menyelamatkan Abang Zahid.
“Raju, awak pergi panggil orang kampong dan telefon polis. Biar saya dan Yew Chuen tunggu di sini.” Raju berlari untuk meminta bantuan. Danish dan Yew Chuen masih lagi memandang ke arah pondok usang tersebut. Mereka rasakan ada sesuatu yang tidak kena di dalam pondok tersebut. Kelihatan dua lelaki tadi keluar dari pondok. Mereka seperti berbincang. Selepas itu, mereka berpecah meninggalkan kawasan pondok. Danish dan Yew Chuen melangkah perlahan-lahan mendekati pondok tersebut. Mereka melihat melalui celah-celah dinding pondok yang berlubang. Kelihatan seorang budak perempuan diikat di dalam pondok tersebut. Abang Zahid tut berada di situ. Terdapat seorang lelaki berkepala botak mengawasi mereka.
“Saya ada rancangan.”
Danish memberitahu Yew Chuen rancangannya. Yew Chuen bersetuju untuk mengikuti rancangan tersebut. Yew Chuen berjalan ke tangga pondok usang.
“Tolong… tolong…” Setelah mendengar suara Yew Chuen, lelaki berkepala botak keluar dari pondok.
“Kau siapa?”
“Encik, tolong saya. Kawan saya tercedera.”
Lelaki tersebut turun dari pondok. Dia tidak menyedari Danish yang berdiri di belakangnya dengan sebatang kayu. Sepantas kilat, Danish menghayunkan kayu tersebut. Kayu tersebut mengenai kepala lelaki botak tersebut. Lelaki tersebut pengsan. Danish dan Yew Chuen terus masuk ke dalam pondok. Mereka membuka ikatan Abang Zahid dan kanak-kanak perempuan itu.
“Kita kena cepat sebelum dua lelaki tu sampai.” Kata Danish.
Mereka meninggalkan pondok usang tersebut. Ketika ingin melarikan diri, tiba-tiba dua orang lelaki berbaju hitam berdiri di hadapan mereka dengan wajah yang bengis. Mereka mengacukan pistol ke arah mereka. Mereka ketakutan. Danish cuba mencari jalan. Namun, tangannya dipegang oleh salah seorang daripada lelaki tersebut.
“Jangan buat apa-apa kalau mahu selamat.”
Danish hanya mendiamkan diri. Mereka hanya mengikut lelaki-lelaki tersebut. Mereka dibawa ke dalam pondok usang. Lelaki-lelaki tersebut mengikat mereka.
“Apa kita nak buat dengan mereka ni?”
“Entahlah. Rasanya ada seorang lagi ni.”
“Mana dia pergi? Hey, mana kawan kau seorang lagi?”
Danish dan Yew Chuen hanya mendiamkan diri. Mereka berdoa agar Raju cepat sampai. Pasti lelaki-lelaki ini akan ditangkap. Bunyi dentuman pintu dibuka mengejutkan mereka. Kelihatan beberapa anggota polis masuk bersama pistol. Dua orang lelaki tersebut tidak mampu melarikan diri lagi. Mereka diarahkan meletakkan pistol. Lelaki-lelaki tersebut digari oleh pihak polis.
Mengikut pihak polis, dua orang lelaki tersebut adalah suspek utama kes penculikan. Mereka telah menculik anak kenamaan sejak dua hari lepas. Pihak berkuasa mengucapkan terima kasih kepada Danish dan kawan-kawan kerana bersikap berani. Setelah pulang ke rumah, Danish menceritakan peristiwa tersebut kepada ibu bapanya. Mereka sangat bangga dengan keberanian anak-anaknya. Danish sangat bersyukur dengan apa yang berlaku kerana dia telah membantu orang yang berada dalam kesusahan. Danish merasakan cuti sekolahnya pada kali ini lebih bermakna.

Saturday, September 5, 2009

Taman Burung Kuala Lumpur

Hari tu aku pergi berjalan-jalan ke Taman Burung Kuala Lumpur. pergi sendiri je. lepas bayar tiket. aku berjalanlah masuk ke taman burung tu. wah banyak betul burung-burung yang tak pernah aku tengok dapat aku lihat kat sini. tapi, orang-orang Malaysia tak ramai yang berkunjung. hanya pelancong asing je (aku pun pelancong gak la) mungkin semua masyarakat kita dah bosan kot pergi tengok burung. macam-macam jenis bentuk burung, warna, rupa...hahaha ada gak seekor burung tu macam kawan aku. kesian burung tu. macam derita semacam je.... oleh kerana kesian pada burung ni yang tak dapat perhatian pengunjung, maka akulah satu-satunya manusia yang bersimpati lalu mengambil gambarnya yang sedang tunduk. gamaknya sedang bertafakur dan berzikir kot.







Kat sana boleh dkatakan beribu burung yang ada. ada yang termenung, yang ketawa, yang menangis dan macam-macam reaksi yang boleh dilihat kat sana. kalau tak percaya pergilah. bawa keluarga terutamanya anak-anak agar mereka lebih menghargai apa yang mereka lihat. selepas ke taman burung, aku ke Memorial Tun Razak. wah pertama kali aku jejakkan kaki kat sana. bukan apa... aduhai sunyi sepi. aku seram juga lah. tapi aku masuk dan lihat barang-barang yang bersejarah di sana. bersempena hari kemerdekaan kita ni, aku ada menonton teater "Muzikal Tun Abdul Razak" di Istana Budaya. Teater muzikal ini dipentaskan oleh para pelajar ASWARA. wah, memang sesuatu yang patut dibanggakan sebab para pelajar ASWARA mampu menembusi pintu istana yang bertaraf dunia... hebat!