Saturday, February 20, 2010

My LOvEs












NiKmAtI KeSaKiTaN





"kerana sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan." (surah Asy-Syarh: 5-6)

wahai orang yang dirundung derita, sesungguhnya derita itu ringan
bergembiralah dengan kebaikan, kerana Zat Yang Pemberi keringanan itu Allah
putus asa kadang-kadang memutuskan harapan orgnya
jangan sekali-kali berputus asa, kerana Zat Yang Memcukupi itu Allah
Allah menjamin setelah kesukaran ada kemudahan
janganlah sekali-kali risau, kerana Si Pencipta itu Allah
apabila engkau mendapat cubaan, maka percayalah pada Allah dan relakanlah
sesunggunnya Zat yang memperlihatkan cubaan itu Allah
demi Allah, engkau tidak punya siapa pun selain Allah
maka cukuplah bagimu dalam segala hal itu Allah


Maka, kita hendaklah menikmati segala kesakitan atas segala cubaan yang telah dikurniakan dan akan dikurniakan kerana segala dugaan itu adalah kesakitan yang harus dinikmati sekalian alam.

Saturday, November 21, 2009

LaNgKaWi IsLaNd ^-^









Pertama kali menjadi guru pengiring untuk trip sekolah.... best jugaklah walaupun balik KL terus aku hitam... emmm...sunburn. Nikmatilah gambar yang tak seberapa ni ye....

Sunday, November 1, 2009

Tip Untuk Menjadi Cantik (^ _ ^)

Supaya bibirmu kelihatan menawan, tuturkanlah kata-kata yang baik
supaya matamu cantik bersinar, lihatlah kebaikan yang ada pada orang lain
supaya bentuk badanmu langsing, kongsilah makananmu dengan mereka yang lapar
supaya rambutmu lembut mengurai, biarkan anak-anak membelainya sekali setiap hari
supaya dirimu sentiasa berkeyakinan, hiduplah dengan ilmu dan engkau tidak keseorangan
manusia perlu diperbaiki, diperbaharui, dipulih, ditebus dan diselamatkan; jangan pinggirkan sesiapa
ingat, jika engkau perlukan bantuan, engkau akan temuinya di hujung kedua-dua tanganmu
apabila engkau meningkat tua, engkau akan dapati yang engkau mempunyai dua tangan, satu untuk membantu dirimu, satu lagi untuk membantu orang lain.


BAIT-BAIT PUISU DITULIS OLEH: Mendiang Audrey Hepburn (1992)

Friday, October 16, 2009

Nak Tahu Tak?



Pertama kali masuk ke kuliah multimedia dan melihat pensyarahnya…hati aku terdetik. Sempoinya pensyarah aku ni… mula-mula aku memang gurun juga bila dia selalu tinggikan suara…tapi selepas berkuliah setiap minggu barulah aku tahu sikap pensyarah aku yang diberi nama DR. NORMALIZA. Sebenarnya aku tak ingat nama dia. Yang aku sebut pensyarah multimedia… tapi suatu hari dia pernah cakap sorang student tak ingat nama dia. Dia punya hangin satu badan…lepas tu aku terus ingat nama dia. Wakahakah….

Setiap kali kuliah dr, aku mesti fikir apalah yang akan aku buat hari tu. Tapi, lama-lama aku enjoy… mana taknya. Aku ni suka kelas yang kerja berkumpulan. Tapi yang tak bestnya, dr selalu bagi assignment yang aku kadangkala masuk angin dalam kepala. Aku ingat satu assignment dr yang minta buat 30 pages karangan. Wah aku rasa nak hentak kepala kat dinding. Tapi yang baiknya aku ni aku mesti fikir dr buat semua ni untuk kami. Sebab, mesti dia ada tujuan tertentu. Hehehehe…… 30 pages satu malam tau! Aku dan kumpulan aku berangin angin lah. Satu lagi kes bila dr suruh buat video…ha, tu kami balik jam 2 pagi. Aduhai mujurlah aku ni tak dak anak kat umah. cuma anak mata ni je yang mengantuk (dr sila rasa bersalah)….wakahakah….

Tapi, secara jujurnya aku dan kawan-kawan happy dengan dr sebab dia boleh bertolak ansur dan selalu buat kami gelak… buat dr, silalah mengajar kami lagi sebab seumur hidup saya selama 24 tahun ni saya tak pernah jumpa pensyarah yang brutal macam dr.

RuMaH TeRbUkA ;)

Aku baru saja balik dari rumah terbuka Kak Siti (cikgu sekolah)... heheheh... esok ada dua rumah terbuka satu kenduri kahwin...boleh ke pergi semua? kenyanglah den...alhamdulillah!






Cerita APA?!

EXAM dan DEMAM
minggu peperiksaan aku sudah tamat... tapi tak bermakna segalanya akan berakhir. cuti selama dua minggu daripada belajar akan aku habiskan dengan menonton filem dan CD yang tersadai di rumah. wah, tak sabar rasanya nak habiskan masa malam aku dengan menonton tv. tapi, mungkin rasa janggal sikit sebab selalunya selepas habis sekolah aku akan terus ke UPM tapi minggu depan melepek je kat rumah dan kroorororohhhh......
gambar ni masa aku tgh sibuk sangat-sangat buat assigment sampai demam tu! demam-demam pun sempat posing lepas tamat exam!





NISA' IRDINA
entah apalah penyakit aku ni... sehari tak tengok baby Irdina mahu sakit satu badan rasanya. mesti tengok dan cium juga. bertuah Irdina dapat mak cik yang baik macam aku ni. hahahah... Irdina dah masuk 8 bulan. cepatlah berjalan dik....hehehehe. Irdina memang dah pandai gelak ketawa. gelak dia memang kalahlah aku sebab dia lagi kuat gelak...hahahaha






ZOO NEGARA
pertama kali aku menjejakkan kaki ke Zoo Negara... maka akulah orang yang paling jakun. masuk saja zoo aku dah terover sebab nampak binatang yang lebih relaks berbanding aku. hahahah... aku bukan apa. bila dah lama teringin nak masuk tapi tak dapat bila dah dapat macam jakun lak. agaknya apalah kata monyet2 dalam sarang... tapi aku tak banyak ambil gambar. yang tak bestnya aku tak dapat tengok beruang. yang kelakarnya orang utan... hahahha.....comel sangat.







MAJLIS KAHWIN KAK TUMA
maka berkahwin sudah sepupu aku pada usia 27 tahun. somoga hidup kak Tuma dan suami kekal bahagia selamanya...Amin. maka akulah orang yang sibuk mengambil gambar...bukan gambar pengantin gambar akulah! hahahaha







Inilah cerita yang tak seberapa....banyak benda yang terjadi tetapi aku tak dapat bagitahu semualah...hehehheee...tata