Friday, October 16, 2009

Nak Tahu Tak?



Pertama kali masuk ke kuliah multimedia dan melihat pensyarahnya…hati aku terdetik. Sempoinya pensyarah aku ni… mula-mula aku memang gurun juga bila dia selalu tinggikan suara…tapi selepas berkuliah setiap minggu barulah aku tahu sikap pensyarah aku yang diberi nama DR. NORMALIZA. Sebenarnya aku tak ingat nama dia. Yang aku sebut pensyarah multimedia… tapi suatu hari dia pernah cakap sorang student tak ingat nama dia. Dia punya hangin satu badan…lepas tu aku terus ingat nama dia. Wakahakah….

Setiap kali kuliah dr, aku mesti fikir apalah yang akan aku buat hari tu. Tapi, lama-lama aku enjoy… mana taknya. Aku ni suka kelas yang kerja berkumpulan. Tapi yang tak bestnya, dr selalu bagi assignment yang aku kadangkala masuk angin dalam kepala. Aku ingat satu assignment dr yang minta buat 30 pages karangan. Wah aku rasa nak hentak kepala kat dinding. Tapi yang baiknya aku ni aku mesti fikir dr buat semua ni untuk kami. Sebab, mesti dia ada tujuan tertentu. Hehehehe…… 30 pages satu malam tau! Aku dan kumpulan aku berangin angin lah. Satu lagi kes bila dr suruh buat video…ha, tu kami balik jam 2 pagi. Aduhai mujurlah aku ni tak dak anak kat umah. cuma anak mata ni je yang mengantuk (dr sila rasa bersalah)….wakahakah….

Tapi, secara jujurnya aku dan kawan-kawan happy dengan dr sebab dia boleh bertolak ansur dan selalu buat kami gelak… buat dr, silalah mengajar kami lagi sebab seumur hidup saya selama 24 tahun ni saya tak pernah jumpa pensyarah yang brutal macam dr.

RuMaH TeRbUkA ;)

Aku baru saja balik dari rumah terbuka Kak Siti (cikgu sekolah)... heheheh... esok ada dua rumah terbuka satu kenduri kahwin...boleh ke pergi semua? kenyanglah den...alhamdulillah!






Cerita APA?!

EXAM dan DEMAM
minggu peperiksaan aku sudah tamat... tapi tak bermakna segalanya akan berakhir. cuti selama dua minggu daripada belajar akan aku habiskan dengan menonton filem dan CD yang tersadai di rumah. wah, tak sabar rasanya nak habiskan masa malam aku dengan menonton tv. tapi, mungkin rasa janggal sikit sebab selalunya selepas habis sekolah aku akan terus ke UPM tapi minggu depan melepek je kat rumah dan kroorororohhhh......
gambar ni masa aku tgh sibuk sangat-sangat buat assigment sampai demam tu! demam-demam pun sempat posing lepas tamat exam!





NISA' IRDINA
entah apalah penyakit aku ni... sehari tak tengok baby Irdina mahu sakit satu badan rasanya. mesti tengok dan cium juga. bertuah Irdina dapat mak cik yang baik macam aku ni. hahahah... Irdina dah masuk 8 bulan. cepatlah berjalan dik....hehehehe. Irdina memang dah pandai gelak ketawa. gelak dia memang kalahlah aku sebab dia lagi kuat gelak...hahahaha






ZOO NEGARA
pertama kali aku menjejakkan kaki ke Zoo Negara... maka akulah orang yang paling jakun. masuk saja zoo aku dah terover sebab nampak binatang yang lebih relaks berbanding aku. hahahah... aku bukan apa. bila dah lama teringin nak masuk tapi tak dapat bila dah dapat macam jakun lak. agaknya apalah kata monyet2 dalam sarang... tapi aku tak banyak ambil gambar. yang tak bestnya aku tak dapat tengok beruang. yang kelakarnya orang utan... hahahha.....comel sangat.







MAJLIS KAHWIN KAK TUMA
maka berkahwin sudah sepupu aku pada usia 27 tahun. somoga hidup kak Tuma dan suami kekal bahagia selamanya...Amin. maka akulah orang yang sibuk mengambil gambar...bukan gambar pengantin gambar akulah! hahahaha







Inilah cerita yang tak seberapa....banyak benda yang terjadi tetapi aku tak dapat bagitahu semualah...hehehheee...tata

Monday, October 5, 2009

BiLa CuCu NeNek BerGaYa!!!










Bila nampak kamera....beginilah jadinya aku dan sepupu... wakahkahah

My Family and Me


IBU MENGANDUNG

Masyarakat Melayu antara bangsa yang masih banyak terikat dengan pantang larang yang diwarisi sejak turun – temurun meskipun mereka sedang menempuh kehidupan pada zaman globalisasi. Walaupun sesetengah daripada pantang larang Melayu dikaitkan dengan melawan hukum alam, ada juga yang diketengahkan sambil menampilkan akibat buruk bakal menimpa kepada pelaku dan demi menjaga kesopanan sebagai manusia berakal.

Menurut pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Nafii Mat, pemikiran saintifik sudah hadir dalam minda Melayu lama berdasarkan asas penciptaan pantang larang dan peribahasa Melayu yang memaparkan unsur jisim, alam, fizik dan ekonomi. Contoh terdekat dapat dilihat melalui peribahasa, meludah ke langit, muka juga yang basah, berkait rapat dengan daya tarikan graviti, tetapi hakikat ini tidak disedari sebahagian besar daripada kita.

Justeru itu, perkaitan di antara pantang larang dan petua orang Melayu lama dengan unsur saintifik membuktikan kebijaksanaan masyarakat zaman dulu, apatah lagi kebanyakkan petua perubatan mereka tidak membabitkan bahan kimia yang boleh meninggalkan kesan.Terdapat pelbagai jenis pantang larang yang masih menjadi pegangan dan ikutan masyarakat Melayu.

Namun begitu bukan masyarakat Melayu sahaja yang masih berpegang teguh dengan pantang larang tetapi kaum-kaum lain juga mempunyai pantang larang yang tersendiri.Pantang larang yang diperturunkan daripada generasi terdahulu masih menjadi ikutan oleh generasi masa kini.

Walaubagaimanapun, kertas kerja ini akan memfokuskan penjagaan ibu dan anak selepas bersalin bagi tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Selepas meneliti pantang larang diantara tiga kaum dapatlah dilihat apakah persamaan dan perbezaan ketiga-tiga pantang larang tersebut. Pantang larang selepas bersalin akan dilihat dari segi ibu dan anak samada dari sudut pemakanan dan amalan yang boleh diikuti atau yang perlu dijauhi.




* Ni assigment group aku!