Friday, August 21, 2009

Hari-Hari Bahagiaku... Senyum Sepuasnya

Setiap hari adalah hari bahagia... dan setiap hari juga aku akan MMS gambar aku yang ceria kepada ummi. hahaha...biar dia tengok anaknya yang cun ni sedang bergembira.






MARI MEMBACA.... ;)





Membaca menjadi satu keseronokan yang tak dapat digambarkan sekiranya kita dapat membaca tentang ilmu yang menyeronokkan. tak kiralah baca novel, majalah, risalah dan sebagainya. pada aku, membaca semacam kepuasan kerana aku akan leka sehingga lupa sejenak pada dunia realiti. apatah lagi buku yang dibaca merupakan ilmu yang memberi manfaat kepada kita. sejak dua menjak ni, aku suka sangat baca buku yang berkaitan dengan motivasi diri. kalau aku kurang motivasi dan fokus hidup aku lari, maka buku-buku sebeginilah yang aku cari. bukan sahaja untuk ilmu dunia tetapi tambahkan ilmu akhirat juga. buku-buku sebegini banyak membantu dalam mencari kehidupan yang sebenar. apa tak nya... hidup di kota yang penuh palitan lumpur maka benteng iman perlulah kuat. hidup sendiri semamangnya bebas tanpa sekatan. tetapi, kenalah ingat batas dan yang penting agama. aku sering memberitahu teman yang rapat dengan aku. jika mereka lihat aku seperti di awangan, maka tegurlah aku dengan bicara yang lembut. bukan apa... untuk sedarkan aku yang ketika itu mungkin lalai dan alpa.

Dalam hidup kita, bukan senang untuk mencari teman sebegitu. semamangnya sukar. tetapi, aku harap ia akan muncul juga kelak. teman ketawa dan berseloka memang sekitar kita, tetapi teman menegur demi kebaikan kita sukar diperolehi.

Maka
aku mendaki sendiri
dataran curam
ingin kugapai anganan
walaupun aku tidak pasti
adakah benar jalanku
adakah salah lakuku
kerana
tiada siapa menegurku...

Saturday, August 15, 2009

Apa Kisah...

KISAH 1
semalam aku ke majlis hari lahir pelajar tingkatan 2; Mazreen di Hotel Maluri. aku hanya pergi sendiri. tak ada kawan mahu diajak. kalau ada pun semua sibuk dengan urusan masing-masing. jam 5:30ptg aku sampai. melayan karenah anak-anak murid yang suka mengusik. maka, jam 6:00 ptg aku meminta diri untuk pulang. aku pulang dalam hujan renyai. terasa rindu bau kampung halaman...


KISAH 2
ketika sedang memandu dalam hujan renyai dan aku tanpa arah. hendak pulang ke rumah malas rasanya. jadi aku memandu melihat sekitar KL yang padaku kosong. kebisingan yang sepi. tiba-tiba aku mendapat idea untuk ke Mines. tujuanku satu mencari pandrive.


KISAH 3
Sesampainya di Mines aku mencari kedai komputer yang aku yakin ada di dalam pusat membeli-belah ni. tapi tak jumpa. aku berjalan di hadapan panggung wayang. mahu menonton rasanya. sebelum itu, aku menghantar SMS kepada abang long untuk memberitahu yang aku akan tidur di rumahnya di Sri Serdang dan memberitahu bahawa aku akan menonton wayang sendirian. dia memberi cadangan kepadaku bahawa terus pulang kerana malam nanti ada cerita yang 'best' dan kakak iparku masak masakan yang istimewa. hehehehe.... tak jadilah aku dengan niatku itu.

Malangnya, aku tak jumpa kedai komputer. tetapi apa yang aku jumpa adalah Giant...hahah... aku apa lagi menghabiskan wang membeli keperluan seperti kurma, milo, nestum dan macam-macam lagi. almaklumlah nak puasa ni. setelah habis membeli aku pulang ke Sri Serdang.

KISAH 4
Setibanya aku di rumah, aku terus menjamu selera dengan masakan kakak iparku. memang sedap. habis sahaja makan, aku menonton tv. rupa-rupanya cerita best yang dikatakan oleh abangku ialah 'Ayat-ayat Cinta'.... layan je.



itulah kejadian dan peristiwa yang berlaku pada hari Sabtu 15hb Ogos 2009.

Friday, August 14, 2009

PeNaNtIaN...

Kuketuk pintu itu
sedari semalam tidak dibuka
sehingga penat lelah
tidak kurasa
pedih perih
tetap jua ku di sini...

Kuketuk pintu itu
kuharap dibuka untukku
ingin kutahu apa di sana
kelibut hatiku
menanti di sini

Kuketuk pintu itu
bilakah akan dibuka
mahu kusebelah sana
melihat indahnya Syurga..


Nor Najwa Azmee
UPM

Ke Mana Kita?


Penat bekerja?
Penat belajar?
Penat jaga anak?
Penat bergaduh dengan isteri dan suami?
Penat dan lelah...

JOM BERCUTI BERSAMA YANG TERCINTA...