Friday, October 16, 2009

Nak Tahu Tak?



Pertama kali masuk ke kuliah multimedia dan melihat pensyarahnya…hati aku terdetik. Sempoinya pensyarah aku ni… mula-mula aku memang gurun juga bila dia selalu tinggikan suara…tapi selepas berkuliah setiap minggu barulah aku tahu sikap pensyarah aku yang diberi nama DR. NORMALIZA. Sebenarnya aku tak ingat nama dia. Yang aku sebut pensyarah multimedia… tapi suatu hari dia pernah cakap sorang student tak ingat nama dia. Dia punya hangin satu badan…lepas tu aku terus ingat nama dia. Wakahakah….

Setiap kali kuliah dr, aku mesti fikir apalah yang akan aku buat hari tu. Tapi, lama-lama aku enjoy… mana taknya. Aku ni suka kelas yang kerja berkumpulan. Tapi yang tak bestnya, dr selalu bagi assignment yang aku kadangkala masuk angin dalam kepala. Aku ingat satu assignment dr yang minta buat 30 pages karangan. Wah aku rasa nak hentak kepala kat dinding. Tapi yang baiknya aku ni aku mesti fikir dr buat semua ni untuk kami. Sebab, mesti dia ada tujuan tertentu. Hehehehe…… 30 pages satu malam tau! Aku dan kumpulan aku berangin angin lah. Satu lagi kes bila dr suruh buat video…ha, tu kami balik jam 2 pagi. Aduhai mujurlah aku ni tak dak anak kat umah. cuma anak mata ni je yang mengantuk (dr sila rasa bersalah)….wakahakah….

Tapi, secara jujurnya aku dan kawan-kawan happy dengan dr sebab dia boleh bertolak ansur dan selalu buat kami gelak… buat dr, silalah mengajar kami lagi sebab seumur hidup saya selama 24 tahun ni saya tak pernah jumpa pensyarah yang brutal macam dr.

2 comments:

  1. Memang best Dr ajar kan dan nak jumpa dia setiap sem. Tapi kalau jumpa utk belajar yg lain best gak, mengulang x best la Najwa. Aku teringin belajar cara nak download sbnrnya, x paham2 aku ni.

    ReplyDelete
  2. ye tu nak belajar dengan saya lagi najwa dan irawaty! macam tak percaya je tu.

    kalau boleh saya nak ajar awak semua seni lakon. baru best berlakon atas stagekan! baru gentar!

    ReplyDelete