Monday, October 5, 2009

IBU MENGANDUNG

Masyarakat Melayu antara bangsa yang masih banyak terikat dengan pantang larang yang diwarisi sejak turun – temurun meskipun mereka sedang menempuh kehidupan pada zaman globalisasi. Walaupun sesetengah daripada pantang larang Melayu dikaitkan dengan melawan hukum alam, ada juga yang diketengahkan sambil menampilkan akibat buruk bakal menimpa kepada pelaku dan demi menjaga kesopanan sebagai manusia berakal.

Menurut pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Nafii Mat, pemikiran saintifik sudah hadir dalam minda Melayu lama berdasarkan asas penciptaan pantang larang dan peribahasa Melayu yang memaparkan unsur jisim, alam, fizik dan ekonomi. Contoh terdekat dapat dilihat melalui peribahasa, meludah ke langit, muka juga yang basah, berkait rapat dengan daya tarikan graviti, tetapi hakikat ini tidak disedari sebahagian besar daripada kita.

Justeru itu, perkaitan di antara pantang larang dan petua orang Melayu lama dengan unsur saintifik membuktikan kebijaksanaan masyarakat zaman dulu, apatah lagi kebanyakkan petua perubatan mereka tidak membabitkan bahan kimia yang boleh meninggalkan kesan.Terdapat pelbagai jenis pantang larang yang masih menjadi pegangan dan ikutan masyarakat Melayu.

Namun begitu bukan masyarakat Melayu sahaja yang masih berpegang teguh dengan pantang larang tetapi kaum-kaum lain juga mempunyai pantang larang yang tersendiri.Pantang larang yang diperturunkan daripada generasi terdahulu masih menjadi ikutan oleh generasi masa kini.

Walaubagaimanapun, kertas kerja ini akan memfokuskan penjagaan ibu dan anak selepas bersalin bagi tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Selepas meneliti pantang larang diantara tiga kaum dapatlah dilihat apakah persamaan dan perbezaan ketiga-tiga pantang larang tersebut. Pantang larang selepas bersalin akan dilihat dari segi ibu dan anak samada dari sudut pemakanan dan amalan yang boleh diikuti atau yang perlu dijauhi.




* Ni assigment group aku!

No comments:

Post a Comment