Friday, August 14, 2009

PeNaNtIaN...

Kuketuk pintu itu
sedari semalam tidak dibuka
sehingga penat lelah
tidak kurasa
pedih perih
tetap jua ku di sini...

Kuketuk pintu itu
kuharap dibuka untukku
ingin kutahu apa di sana
kelibut hatiku
menanti di sini

Kuketuk pintu itu
bilakah akan dibuka
mahu kusebelah sana
melihat indahnya Syurga..


Nor Najwa Azmee
UPM

9 comments:

  1. Penantianku jua,
    melihat najwa berumahtangga,
    melihat najwa bercerita,
    cerita-cerita indah.
    tentang sang suami,
    tentang si permata hati,
    tentang manis, masam, pahit, tawar,
    kelam kabut, lupa diri,
    alam berdua.

    Namun telah lama,
    ku tetap menanti,
    bilakah akan tiba,
    hati najwa dimiliki,
    harap-harap tahun ini.

    ye najwa?

    ReplyDelete
  2. Wahai kakakku yang aulia
    tidak kusangka kau menanti
    hatiku dimiliki
    sehingga sekarang tidak kujumpa
    bukan rupa yang kudamba
    hanya jejak biasa saja
    mampu memimpinku
    ke Syurga loka...


    hehehe

    ReplyDelete
  3. Menemu atau tidak
    yang separuh lagi itu
    sabar menunggu pada yang betul
    jangan apa saja bila masa dah suntuk
    takut-takut nanti menyesal betul dalam hati

    Najwa gadis yang berbudi pekerti
    mesti yang baik akhirnya dimiliki
    kata-kata ini ikhlas tulus dari hati
    mari kita sama-sama menanti

    ReplyDelete
  4. Apa salahnya kalau menunggu,
    Menunggu si insan kamil,
    Yang kamil bukan senang ditemukan,
    Tapi tidak bermakna tiada,
    Mungkin ada di depan mata.

    Tak gitu?

    ReplyDelete
  5. Usah dipandang kebendaan,
    Kelak jadi kesusahan,
    Budi pekerti keutamaan,
    Semoga berkekalan,
    Apa diharap kasihnya orang,
    satu pergi seribu yang datang.

    Usah bersedih hati tiada yang sudi,
    Jodoh itu ketentuan Illahi,
    Bersabar itu sudah pasti
    Jodoh datang tak lama lagi...

    ReplyDelete
  6. Tunggu dan menunggu
    Harus sampai bila
    Jangan kesali apa yang berlaku
    Janji Tuhan tetap ada untuk hambaNya

    Jika tersurat kau dimiliki
    Pasti masanya akan tiba
    Berdoa dan terus berdoa
    Agar kau temui
    Teman sehidup semati

    ReplyDelete
  7. Teman
    Jangan kau menunggu
    Sesuatu yang kau ketahui
    Yang bukan milikmu lagi
    Bakal menyeksa hatimu
    Suatu hari nanti

    Teman
    Carilah pengganti
    Yang lebih menyayangi
    Yang baik budi pengerti
    Biar bahagia
    Untuk selama-lamanya

    ReplyDelete
  8. Penantian suatu penyeksaan
    Amat berat untuk ditanggung
    Namun sesuatu yang indah akan menjelma
    Dirimu harus bersedia tanpa menjauhinya
    Sesuatu yang pasti akan muncul juga
    Adakah dirimu sudah bersedia???

    Sesungguhnya insan cintakan keindahan
    Cintakan kedamaian dan kebahagiaan
    Cintakan keseronokan dan keasyikan
    Kenikmatan syurga tiada toloknya
    Menjadi idaman dan impian setiap yang beriman
    Tetapi adikku..sebelum itu adalah lebih baik
    Kenikmatan berkeluarga dikecapi dahulu
    Kerana di situ ada pelbagai rasa

    Wawa, akak nak pi kelantan makan nasi minyak. Bila yek???

    ReplyDelete
  9. Penantian itu ada akhirnya
    Namun cepat atau lambat
    Itu yang menyeksa jiwa
    Namun tempuhinya dengan kesabaran
    Semoga beroleh kemenangan

    Tabahkan hatimu
    Bulatkan semangatmu
    Kuatkan Jiwamu
    Sesungguhnya
    Hanya DIA yang mengetahuinya

    Berputua asa jangan
    Teruskan usaha
    Biarpun sampai ke akhir hayat
    Tiada yang rugi
    Percayalah

    ReplyDelete