Friday, August 21, 2009

MARI MEMBACA.... ;)





Membaca menjadi satu keseronokan yang tak dapat digambarkan sekiranya kita dapat membaca tentang ilmu yang menyeronokkan. tak kiralah baca novel, majalah, risalah dan sebagainya. pada aku, membaca semacam kepuasan kerana aku akan leka sehingga lupa sejenak pada dunia realiti. apatah lagi buku yang dibaca merupakan ilmu yang memberi manfaat kepada kita. sejak dua menjak ni, aku suka sangat baca buku yang berkaitan dengan motivasi diri. kalau aku kurang motivasi dan fokus hidup aku lari, maka buku-buku sebeginilah yang aku cari. bukan sahaja untuk ilmu dunia tetapi tambahkan ilmu akhirat juga. buku-buku sebegini banyak membantu dalam mencari kehidupan yang sebenar. apa tak nya... hidup di kota yang penuh palitan lumpur maka benteng iman perlulah kuat. hidup sendiri semamangnya bebas tanpa sekatan. tetapi, kenalah ingat batas dan yang penting agama. aku sering memberitahu teman yang rapat dengan aku. jika mereka lihat aku seperti di awangan, maka tegurlah aku dengan bicara yang lembut. bukan apa... untuk sedarkan aku yang ketika itu mungkin lalai dan alpa.

Dalam hidup kita, bukan senang untuk mencari teman sebegitu. semamangnya sukar. tetapi, aku harap ia akan muncul juga kelak. teman ketawa dan berseloka memang sekitar kita, tetapi teman menegur demi kebaikan kita sukar diperolehi.

Maka
aku mendaki sendiri
dataran curam
ingin kugapai anganan
walaupun aku tidak pasti
adakah benar jalanku
adakah salah lakuku
kerana
tiada siapa menegurku...

2 comments:

  1. Betul cakap Najwa.
    Senang untuk mendapat kawan yang ketawa dan berseloka dengan kita, tapi sukar mendapat rakan yang sanggup menegur demi kebaikan kita.

    Bersyukur saya.
    Kerana saya telah dapat mencari beberapa orang rakan baik yang boleh gelak ketawa bersama saya dan pada masa yang sama mereka sanggup menegur/ membetulkan kesilapan saya demi kebaikan saya.

    Saya amat berterima kasih kepada rakan-rakan rapat saya itu kerana mereka sanggup menjadi kawan rapat saya dan sanggup menegur saya.

    ReplyDelete
  2. Kawan sebegitu, tidak mudah dicari, tetapi tidak susah untuk ditemui. Semuanya jodoh.
    Biarpun begitu, jangan kita berserah kepada takdir sahaja. Kita perlu mencarinya. Asalkan hati kita mulia, orang akan merasainya. Kelak kita akan sedar ada orang yang berkawan dengan hati yang ikhlas.

    ReplyDelete