Wahai kekasih
hari ini kubuka rahsiaku
kerana aku mahu kau tahu
betapa cinta aku padamu
sehingga aku sanggup
menghunus pedang demimu
berlari di padang gersang
bermandi derita melihat kau gembira
berpuasa dalam hayatku
berteleku dilantai petaka
wahai kekasihku
rahsiaku telah kubuka
aku tahu dosaku
mengagungkan cinta ini
tetapi
Dia Maha Mengetahui
apa terselindung di sebalik hati
ingin kulihat kau bahagia
membesar bersalut cahaya
wahai kekasihku
ingin kupeluk dirimu
biar bahang tidak kaurasa
biar perit sekilas tiada...
Puisi buat Nisa' Irdina
Nor Najwa (2009)
Cheras, KL.
siapa yang agaknya budak yang comel itu??
ReplyDeleteanak Najwa ke ???
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....
ReplyDeleteItulah rahsia kasih dan sayang yang Allah siram dalam hati setiap makhluk di mayapada ini Dengan setitis kasih yang tumpah di bumi dan di kongsi dgn seluruh makhluk, ada yang sanggup berbunuh2 demi merebut kasih...
Sanggup mengorbankan diri demi mempertahankan cinta.
Agungnya Allah dengan setiap apa yang dicipta dan apa yang dikurniakannya...
Itu anak saudara saya Manying...hehehe
ReplyDeletesememangnya indah kasih sayang kurniaan Tuhan ni Kak Nor...baru saya tahu betapa hebatnya cinta ibu-ibu kita kepada anak-anaknya.
comel sungguh (i mean the baby!)
ReplyDeleteyeah... baby ni memang comel macam saya...hehehe
ReplyDelete