Wednesday, April 15, 2009

ANEROXIA NERVOSA....


ANOREXIA NERVOSA
Gangguan makan yang umumnya dialami oleh pada remaja perempuan adalah anoreksia atau istilah perubatannya dikenali sebagai anorexia nervosa. Anoreksia adalah aktiviti untuk menguruskan badan dengan melakukan pembatasan makan secara sengaja dan melalui kawalan yang ketat. Penderita anoreksia sedar bahawa mereka berasa lapar, namun takut untuk memenuhi keperluan makan mereka kerana boleh mengakibatkan bertambahnya berat badan. Persepsi mereka terhadap rasa kenyang terganggu sehingga pada ketika mereka mengambil sejumlah makanan dalam jumlah yang kecil sekalipun, mereka akan segera merasa kenyang dan mual.
Mereka terus menerus melakukan diet bermati-matian untuk mendapatkan tubuh yang kurus. Pada akhirnya keadaan ini boleh menimbulkan kesan yang berbahaya, iaitu kematian si penderita. Bayangkan saja, kalau mereka terus menerus menahan diri untuk tidak makan, dari mana mereka akan mendapatkan tenaga untuk hidup.

MENGAPA TERJADI DEMIKIAN
Ketika memasuki masa remaja, khususnya masa akil baligh, remaja menjadi sangat cerewet terhadap pertambahan berat badan mereka. Terjadi perubahan fisiologi tubuh yang kadangkala mengganggu fikiran mereka. Biasanya, perkara ini lebih sering dialami oleh remaja perempuan daripada remaja lelaki. Bagi remaja perempuan, mereka mengalami pertambahan jumlah jaringan lemak sehingga mereka akan mudah menjadi gemuk apabila mengambil makanan yang berkalori tinggi.

Kalau dahulu, makan apa pun tidak memberi kesan kepada berat badan, tetapi setelah masa akil baligh (biasanya ditandai dengan menstruasi), baru makan coklat dua keping, tetapi beratnya sudah tambah sekilogram. Pada kenyataannya, kebanyakan wanita ingin keihatan langsing dan kurus kerana mereka beranggapan bahawa menjadi kurus akan membuatkan mereka bahagia, berjaya, dan popular. Apalagi kalau melihat ‘body’ para selebriti yang langsing (sebenarnya lebih tepat dikatakan kurus kering tidak berisi).

Sementara kalau tubuh kita gemuk atau berisi, pakai baju apa pun rasanya seperti sedang memakai karung guni. Akhirnya, lingkungan persekitaran juga turut mempengaruhi. Semakin sering diejek gemuk, maka dietnya semakin hebat. Maka, tidak menghairankan apabila ketidakpuasan seseorang dengan bentuk tubuhnya akan mengembangkan masalah pada gangguan makan. Remaja dengan gangguan makan seperti di atas memiliki masalah dengan ‘body image’nya.

Ertinya, mereka sudah memiliki suatu ‘mind set’ (pemikiran yang sudah terpateri di dalam otak) bahawa tubuh mereka tidak ideal. Mereka mempersepsikan tubuh mereka sebagai gemuk, banyak lemak di sana sini, tidak seksi dan lain-lain yang kesimpulannya tidak sedap mata memandang dan tidak semenarik tubuh orang lain.

Akibat pemikiran yang sudah terpateri ini, seorang remaja akan selalu melihat tubuh mereka terkesan gemuk padahal kenyataannya berat badan mereka semakin turun hingga akhirnya mereka menjadi sangat kurus. Mereka akan dihantui perasaan bersalah, manakala mereka makan banyak kerana perkara itu akan menyebabkan berat badan naik.

Masalah ‘body’ ini akhirnya menyebabkan remaja menjadi tidak yakin pada diri sendiri dan sukar untuk menerima keadaan dirinya. Mereka beranggapan bahawa kepercayaan diri akan tumbuh kalau mereka juga memiliki tubuh yang sempurna (sempurna di sini bermaksud kurus).

No comments:

Post a Comment