Wednesday, April 15, 2009

Apa Itu Teori SPB4L?



LATAR BELAKANG TEORI SPB4L

Teori SPB4L telah diperakukan oleh sarjana sastera Melayu sebagai sebuah teori sastera tempatan yang muncul pada awal abad ke-21. Teori ini mula dicetuskan oleh Mohd. Yusof Hasan, sekitar 1990-an, seterusnya teori ini disebarkan dan diajarkan kepada para pelajar Universiti Utara Malaysia dan dicetak sebagai bahan bacaan wajib kursus Pengantar Pemikiran pada 1994 (dinamakan Pemikiran Saintifik SP4L). Kemudian diterbitkan pula meskipun teori itu dalam proses pemurnian / pemantapan dengan menamakannya SPB4L (Sistem Pemikiran Bersepadu 4L). (Mohd. Yusof Hasan, 2000). Teori SPB4L menggabungkan dan menyepadukan empat (4) sistem pemikiran yang dijelmakan oleh manusia dalam karya sastera iaitu pemikiran luhur, lahir, logik dan lateral. Teori ini digolongkan sebagai sebuah teori pemikiran dan sastera mandiri Melayu. Diskusi ilmiah terhadap teori ini pernah diusahakan oleh Mana Sikana (2005).

Menurut Mohd Yusof Hasan, sumber teori ini ialah Islam, Barat dan Malaysia (IBM). Daripada Islam, dilihat peranan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah, hubungan manusia dengan Allah dan dengan sesama manusia, fardu ain, fardu kifayah, ilmu naqli dan ilmu aqli.

Mohd Yusof Hassan

No comments:

Post a Comment