Wednesday, April 15, 2009

FONETIK dan FONOLOGI

Mengikut Abdul Hamid Mahmood dalam makalahnya; Sintaksis Dialek Kelantan, dialek Kelantan telah dikaji sejak Perang Dunia Kedua lagi. Beberapa orang pegawai pentadbir British seperti C.C.Brown, A.J.Sturrock dan Berwik telah membuat kajian mengenai dialek Kelantan. Namun begitu, kajian ini tidak boleh dikatakan kajian ilmiah kerana ia tidak mengikut disiplin linguistik. Pada sekitar tahun 1960-an dan seterusnya, terdapat beberapa kajian saintifik dilakukan oleh pengkaji-pengkaji tempatan seperti Nik Safiah Karim (1965), Ismail Hussein (1973), Hisham Musa (1974) dan Abdul Hamid Mahmood (1971).

Sejak awal tahun 1980-an, semakin banyak kajian tentang dialek dilakukan terutamanya oleh mahasiswa-mahasiswa yang mengikuti Kursus Kajian Dialek di Jabatan Bahasa, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Pertanian Malaysia. Mereka juga banyak menghasilkan kertas-kertas ilmiah tentang kajian-kajian dialek termasuklah kajian dialek Kelantan. Di sini, pengkaji telah memilih kajian mengenai Aspek Fonetik dan Fonologi dalam Dialek Kelantan. Tajuk ini dipilih kerana pengkaji ingin memberi skop dan hanya ingin menumpukan kepada satu-satu dialek sahaja untuk memudahkan kajian.


1.1 Latar Belakang Penutur Dialek Kelantan
Dialek diberi maksud, variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek juga mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk yang baku dari segi sebutan, tatabahasa dan penggunaan kata-kata tertentu, tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain.

Dalam satu-satu negeri, terdapat pula beberapa idioleknya kerana perbezaan bahasa di kawasan-kawasan tertentu. Perbezaan tersebut disebut sebagai dialek. Sungguhpun terdapat perbezaan dan kelainan tersebut, dialek tidak harus terkeluar daripada had saling kesefahaman yang menentukan bahawa kelainan-kelainan itu masih tergolong dalam satu bahasa. Ia bermaksud, setiap penutur dari negeri-negeri yang berbeza masih lagi memahami perbualan antara satu sama lain.

Dialek Kelantan dituturkan oleh penutur-penutur yang berasal dari dan menduduki negeri Kelantan. Negeri Cik Siti Wan Kembang ini terletak di timur Semenanjung Tanah Melayu bersempadan dengan Negeri Terengganu, Pahang, Perak dan Negara Thailand. Negeri Kelantan berkeluasan 14,922km² dan penduduknya seramai 1,313,014 orang penduduk. Kaum Melayu adalah sebanyak 95% manakala selenihnya adalah kaum Cina, India dan kaum-kaum lain. Menurut bancian yang dilakukan pada tahun 2000, 95% adalah beragama Islam, 4.4% adalah beragama Buddha dan bagi agama Kristian serta Hindu adalah 0.2% serta 0.2% bagi agama-agama lain.

Negeri yang terdiri daripada 10 jajahan ini mempunyai penutur-penutur dialek Kelantan merangkumi bukan sahaja sekitar daerah jajahan negeri tetapi di sempadan Kelantan/Terengganu, Kelantan/Pahang dan juga beberapa daerah wilayah Thai Selatan seperti Sungai Golok, Narathiwat, Yala dan Patani. Profesor Mohd Taib Osman pernah mengatakan bahawa dialek ini mempunyai persamaan yang erat dengan dialek Patani. Ia dapat dibuktikan apabila dibandingkan penutur-penutur dialek Kelantan dan dialek Patani menerusi siaran radio dan televisyen. Jika dibandingkan, dialek Kelantan mempunyai sifat-sifat yang tersendiri.

5 comments:

  1. kak senior...

    kalau tak keberatan boleh email saya tak esei penuh...?
    saya kena buat assigment tajuk ni la..

    ni email saya.. izzwara@yahoo.com

    terima kasih bebanyak. jasamu kukenang.

    ReplyDelete
  2. salam...klu ade bahan selanjutnya dialek kelantan+fonetik+fonologi blh send email x he8..

    azahda@gmail.com

    xie xie!!

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..harap dpt dkongc bahan penulisan ini..=)

    email sy :: epyidz_skutergurl89@yahoo.com.my
    (mahasiswi guru bahasa) =)

    ReplyDelete
  4. slm ....

    kalo x keberatan sy mtk maklumat selanjutnye

    sy ade asignment tok tajuk ni

    email : sitibeajohn@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. sya prlu wt esemen tuk tajuk ni..bleh x tlong emailkan..email sya imtiaz_aishah89@yahoo.com

    ReplyDelete