Wednesday, April 15, 2009

TahukAh Anda AsAl-USul BahaSA MeLaYu?

Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu sudah mula menjadi bahasa ilmu sejak abad ke-17 lagi. Pada masa itu bahasa Melayu menajadi bahasa dalam penyebaran ilmu falsafah tinggi, ilmu perundangan Islam, ilmu ketuhanan, ilmu kerohanian, ilmu kemasyarakatan, ilmu bahasa dan ilmu kesusasteraan, disamping ilmu perubatan, matematik dan sejarah. Pusat-pusat kegiatan intelektual dalam bahasa Melayu ketika itu termasuklah di Melaka, Pasai, Acheh, Bentam dan Riau. Tokoh intelek, ahli fikir dan pengarang agung yang terkenal terdiri daripada Hamzah Fansuri, Syeikh Nuruddin al-Raniri, Samsudin al-Sumatrani di samping tokoh sejarah dan bahasa iaitu Tun Sri Lanang dan Raja Ali Haji.

Bahasa Melayu turut menjadi bahasa ilmu yang unggul sejak tahun 673 sebelum Masihi di mana Pendeta I Tsing yang ingin mempelajari agama Buddha telah menuntut di Sriwijaya dan perlu mempelajari Bahasa Melayu untuk tujuan itu.
Empayar Melaka yang bermula pada kurun 11 Masihi merupakan penyambung tamadun Melayu semenjak Sri Vijaya lagi. Kedatangan Islam dan penyebaran agama ini juga telah dipelopori melalui bahasa Melayu. Bahasa Melayu sekali lagi menjadi bahasa ilmu dan telah meminjam daripada bahasa Arab untuk membawa konsep dan falsafah Islam kepada rantau Nusantara. Jadi dalam bahasa Melayu terdapat dua bahasa ilmu yang besar iaitu sanskrit dan arab.

Bahasa Melayu berkembang maju selaras dengan taraf perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat bahasanya melalui peperangan, perkahwinan, perdagangan, pentadbiran, persuratan, keilmuan dan kebudayaan. Sejarah juga telah menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah berkembang dari status bahasa Melayu Purba menjadi bahasa Melayu kuno dan seterusnya ke bahasa Melayu Moden setelah melalui beberapa penyerapan dan penyebatian daripada bahasa-bahasa Cina, Belanda, Portugis dan Inggeris.

Di Malaysia bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa penghantar ilmu sejak kemerdekaan pada tahun 1957. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi diwartakan dalam Perlembagaan Persekutuan, sementara kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi secara khusus diwartakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan sebagai bahasa penghantar ilmu pula diwartakan dalam Akta Pendidikan 1961 dan kemudian dalam Akta Pendidikan 1996.
Bahasa Melayu mengalami proses pemodenan daripada segi peristilahan, pengekodan dan penyegeraman. Ini membuktikan bahasa Melayu dapat menjalankan berbagai-bagai tugas baru sesuai dengan tarafnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Setelah hampir empat dekat berlalu, bahasa Melayu kini dapat menjalankan berbagai-bagai fungsi antaranya sebagai bahasa ilmu.

Bahasa Melayu adalah bahasa pengantar ilmu di sekolah-sekolah termasuk di maktab-maktab perguruan dan di universiti. Ia digunakan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan moden dalam berbagai-bagai bidang seperti bidang sains dan teknologi, undang undang, kedoktoran, kejuruteraan dan sastera.

Kajian ini akan membincangkan tentang perkembangan bahasa Melayu. Selain memberi fokus kepada penggunaan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan, sains dan matematik, teknologi maklumat dan komunikasi, media massa, mahkamah serta permasalan dan cabaran bahasa Melayu.

No comments:

Post a Comment