Wednesday, April 15, 2009

PeNgUcApAn AwAn.... PENTINGKAH?

Pengucapan awam biasanya dikendalikan oleh mereka yang aktif dalam memberi ucapan sama ada motivasi, majlis khas, pidato dan sebagainya. Dalam beberapa majlis yang pernah dihadiri, kadangkala terdapat beberapa individu daripada pihak pengurusan atasan dalam sesebuah organisasi yang besar tidak dapat menyampaikan ucapan dengan baik. Ada pengucap yang mempunyai idea yang baik dikongsi dengan audiens tetapi cara penyampaian pada audiens pula kurang bersesuaian. Apabila perkara ini berlaku, sudah tentulah orang bawahan sukar menerima mesej sebenar yang mahu disampaikan. Apabila mesej tidak kesampaian, maka matlamat yang hendak dicapai mungkin tidak dapat direalisasikan.

Terdapat teknik dan cara yang perlu diikuti oleh pengucap-pengucap antaranya; menangani kegugupan, mengenali audiens, menjana idea dan mengumpul maklumat, mengatur ucapan, sehinggalah membuat latihan sebelum melakukan ucapan. Kepentingan ucapan adalah untuk memudahkan penerimaan idea dan meluaskan pengalaman seseorang. Selain itu, ia dapat membantu meningkatkan kerjaya seseorang dialam pekerjaan, mempromosikan bisnes dan memudahkan idea yang hendak disampaikan kepada orang ramai dalam jangka masa yang singkat. Ia juga dapat membantu sesuatu keputusan dibuat dengan lebih mudah dan tepat.

Jenis-jenis ucapan yang digunakan oleh pengucap adalah untuk menyampaikan maklumat (informatif), untuk memujuk, untuk menghibur, majlis khas dan impromptu. Pengucap yang baik pula perlulah mempunyai pengetahuan, berkemahiran dalam ucapan, berkeyakinan dan mempunyai perwatakan yang baik. Pengucap juga perlu menguasai bidang dan topik yang disampaikan serta mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang tersebut. Pengucap haruslah sensitif terhadap topik yang disampaikan. Dapat dilihat sekiranya seseorang pengucap yang tidak baik penyampaiannya adalah bersikap ‘syok’ sendiri, tidak faham apa isi yang disampaikan, tidak merancang ucapan yang dibuat dan tidak memahami kehendak audiens.

Dalam tugasan ini, kajian ke atas ucapan Y. Bhg. Tan Sri Samsudin bin Osman dalam ucapannya ‘Kempen Amalan Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni dalam Perkhidmatan Awam dan PKPA Bil 1 Tahun 2005.’ Ucapan ini disampaikan di Intan, Bukit Kiara pada 17 Februari 2005. Kajian yang dibuat adalah menyentuh mengenai jenis ucapan, struktur keseluruhan, perkara-perkara yang dibuat dalam bahagian pengenalan, idea-idea utama serta isi-isi ucapan serta kritikan teks ucapan tersebut.

No comments:

Post a Comment