Wednesday, April 15, 2009

LINGUISTIK

Dialektologi Generatif
Menurut Zaharani (1993), dialektologi generatif merupakan bidang teori nahu transformasi generatif yang berfungsi untuk menghuraikan dan membandingkan kelainan yang wujud antara dialek. Aspek fonologi merupakan aspek yang paling banyak perbezaan antara dialek sebuah negeri dengan sebuah negeri yang lain.
Teori Transformasi Generatif
Teori transformasi generatif mula diperkenalkan pada tahun 1957 oleh pelopornya Noam Chomsky di dalam bukunya Syntactic Structures. Nahu terdiri daripada set rumus untuk menghasilkan ayat yang tidak terhad jumlahnya. Terdapat 3 komponen nahu iaitu sintaksis, semantik dan fonologi.
Fonologi generatif.
Fonologi generatif merupakan sebahagian daripada teori transformasi generatif. Dua (2) orang pelopornya iaitu Chomsky dan Halle telah mempopularkan teori tersebut melalui karya mereka iaitu the Sound Pattern of English atau lebih sinonim dengan singkatan ‘SPE’ pada tahun 1968. Teori tersebut telah menganggap bahawa struktur bunyi sebagai satu sistem rumus yang mencerminkan kecekapan fonologi penutur natif yang ideal. Fonologi generatif ialah menformalisasikan kecekapan fonologi intrinsik seseorang penutur sebagai satu sistem rumus yang berfunfsi dan bertanggungjawab bagi melahirkan representasi fonetik daripada struktur permukaan sintaksis.
Representasi Fonetik
Menurut Zaharani Ahmad (1993), representasi fonetik mempunyai dua (2) aspek utama iaitu bersifat idiosinkratik dan ketetapan yang sistematik.
Representasi fonetik yang bersifat idiosinkratik bolehlah didefinisikan sebagai berrsifat kebiasaan. senarai representasi leksikal dalam leksikon – representasi dalaman. mengandungi maklumat idiosinkratik tentang sebutan morfem dalam ujaran
Ketetapan yang sistematik pula merupakan rumus fonologi dalam komponen fonologi – representasi permukaan. Ia mengandungi maklumat idiosinkratik serta maklumat yang boleh diramal.

No comments:

Post a Comment